Profil Sekolah


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah sesuatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan besepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


VISI SEKOLAH 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH 

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


MATLAMAT SEKOLAH

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia kepada keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

PIAGAM PELANGGAN

Kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :

  1. Semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, yang mendaftar di SK Pengkalan Tentera Darat mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
  2. Semua murid warga negara yang berdaftar di SK Pengkalan Tentera Darat mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama persekolahan bermula.
  3. Memastikan semua murid tahun enam (6) didaftarkan sebagai calon peperiksaan awam dan semua calon SK Pengkalan Tentera Darat yang berdaftar dapat menduduki peperiksaan pada hari peperiksaan.
  4. SK Pengkalan Tentera Darat mencapai minimum tiga (3) bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun semasa.
  5. Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam.
  6. Menyelesaikan segala aduan dalam tempoh sepuluh (10) hari waktu bekerja.
  7. Memastikan pelanggan yang berurusan di kaunter dilayan selewat-lewatnya dalam tempoh lima (5) minit.
  8. Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).

Tiada ulasan :