Selasa, 11 September 2012

Sejarah Sekolah Sepintas Lalu 

           Sejarah sekolah bermula pada tahun 1963 dikenali sebagai Sekolah Cantoment sebelum ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Besi Kem.  Pada tahun 1981 nama sekolah ditukar sekali lagi kepada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat dan kekal sehingga ke hari ini.

           Sebelum tahun 1963 seramai 60 orang anak anggota tentera Kem Sungai Besi  ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besi.  Pada tahun 1963 murid-murid ini dipindahkan ke sebuah banggunan sementara di dalam kem dengan Guru Besar pertamanya Encik Mohd Basar Bin Mohamad.  Jumlah murid ketika itu seramai 113 orang dengan 4 orang tenaga pengajar.

           Pada 11 Januari 1964 murid-murid ini dipindahkan ke dua blok banggunan satu tingkat yang mengandungi 13 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar  dan pejabat am.  Jabatan Pelajaran Selangor, pada ketika itu membekalkanseorang pekerja untuk membantu kerja-kerja pengkeranian.  Pada tahun 1975 Jabatan Pelajaran Selangor menempatkan seorang kerani sementara dan setahun berikutnya iaitu pada tahun 1976 sekolah telah mendapat seorang Pegawai Kerani Rendah. 

           Pada tahun 1971 sebuah kantin siap dibina diikuti pembinaan pagar dan pintu masuk pada tahun 1976.  Pada tahun 1978 sebuah stor dibina untuk penyimpanan bekalan bekalan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan alatan sukan.

           Pada Januari 1983 sebuah banggunan dua tingkat yang mengandungi 9 buah bilik darjah,  sebuah bilik Guru Besar, pejabat, Pusat Sumber Sekolah, bilik guru, bilik solat, tandasibinad guru dam murid serta sebuah bilik rawatan siap dibina dan digunakan sepenuhnya pada tahun 1984.  Lagu sekolah pula telah dicipta oleh En. Abdul Hamid B. Bahrudin iaitu sekolah nazir persekutuan yang datang memantau sekolah pada tahun 1985.  Lirik lagu tersebut ditulis oleh Guru Besar ketika itu, En. Abdul Karim B. Abdullah.

           Pada 21 Oktober 1989, sekolah telah menyambut Perayaan Jubli Perak,  sempena ulang tahun ke-25 SK Pengkalan Tentera Darat.  Pada tahun yang sama, sebuah banggunan empat tingkat dibina bagi menampung jumlah murid yang mencecah 2000 orang.  Banggunan ini mengandungi 20 bilik darjah, sebuah dewan terbuka, sebuah bilik SPBT, 5 buah stor dan 2 bilik alatan pendidikan jasmani.

           Pada tahun 2002, sekolah mendapat sebuah makmal komputer dan prasekolah.  pada tahun 2003,  dua buah banggunan baru dibina bagi menggantikan 2 blok banggunan asal yang telah uzur.  Pada tahun tersebut juga sebuah surau hasil sumbangan Jabatan Kemajuan Wilayah telah siap dibina dan mampu memuatkan 150 orang jemaah pada satu-satu masa.  pada Disember 2010 sebuah banggunan Prasekolah (kedua) dibina bagi membolehkan dua buah kelas Prasekolah dibuka mulai sesi persekolah tahun 2011. 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan